.start our work with.

.start our work with.

.detik meniggalkn diri,kematiaan menghampiri.

kita adalah hamba Illahi. seorang musafir yg merantau di ats bumi. membuat amalan sbg bkln di sana nnt. lantaran redhaNya ingin dicari. sbg penyelamat di hujung destinasi. pabila hidup ini dihentikan oleh Illahi.
tajdid niat di hati. membuat amalan kerana Illahi. moge kte mendapat syurga firdausi. amin. may Allah bless...

22 November 2009

.1ummah.

bismillah~

alhamdulillah masih lagi diberi peluang utk meng-update blog.
alhamdulillah. ^-^

agak busy sejak beberapa hari ni.
busy dgn kelas and so on.
beberapa hari yang lepas jugak terfikir satu benda ni.
kita ni 1ummah.right?

sebenarnya x faham dgn laungan 1malaysia.mungkin org yg b'ckp tu mengerti.mungkin.tp saya nak laungkan 1ummah.

bila tengok keadaan sekeliling ni.
membuatkan kita terfikir.
banyak benda sampai serabut otak dibuatnya.

apa sebenarnya persepektif ustaz/ustazah bg pandangan masyarakat?
orang yg b'tudung litup,pakai jubah,tutup aurat,yang x couple2,jaga ikhtilat.pandai cakap pasal agama and so on.
itukah title ustaz/ustazah?
macam mana dia boleh kata macam tu?
ada bukti?

bukan hanya title ustaz/ustazah yg mampu bercakap ttg agama.
yg menutup aurat.
yang menjaga ikhtilat dan apa-apa sahaja pandangan masyarakat sekrang ni.
sdgkn Rasulullah tercinta adalah seorang peniaga,pemimpin,murabbi.
bukanlah letak pada title 'murabbi' sahaja.
sedangkan Yusuf Qadhrawi itu adalah seorang doktor.

apa pun bidang kita,kita adalah Muslimin!
mu'minkah kita?tepuk dada,tanya iman~
kita adalah 1ummah!
sama-sama menyeru manusia mentauhidkan Dia Yang Satu.
menegakkan kalimah Illahi atas bumi.

mungkin setiap orang ada cara dia.
macam-macam cara ada.
tapi hadaf[tujuan] kita satu.
tak lain,tak bukan,nak capai mardhatillah[keredhaan Allah]

kita boleh umpamakan macam ni.
setiap orang nak pergi mydin,terengganu.
setiap orang ada cara dia.
yang dari jauh tu mungkin naik lori.
ada jugak akan naik kereta,motor,train,bas,basikal.
hatta jalan kaki sekalipun.
semua hadaf dia nak pergi mydin.
tapi cara yang membezakan setiap orang.
jalan kaki sekalipun,kita tetap boleh sampai ke destinasi.
mengikut keselesaan masing-masing.
cuma cara berbeza tapi matlamat yang sama.

mungkin kadang-kadang kita akan tersekat masa dalam perjalanan.
dengan kesesakan,road block yg polis buat,accident dll.
macam-macam perkara boleh berlaku dalam perjalanan kita tu.
lambat atau cepat,Allah yang menentukan.
kita kena usaha.service kereta awal-awal biar tak rosak di pertengahan and so on.

macam tu jugak dalam hidup kita.
kita semua nak Islam tertegak kat muka bumi ni.
tapi cara setiap orang tu berbeza-beza.
asalkan masih ikut alQuran dan sunnah kita masih di landasan yang benar.
insyaAllah.

manusia ni tak sempurna,kita tegur dia kalau silap.
tapi bukanlah menunding jari dia ni macam ni,macam ni.
yang tak mahu mengaku kesalahan sendiri.
sama-sama islah diri untuk membawa dakwah ini.

dedikasikan lagu ni utk saudara seaqidah. ^-^

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kedzaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh ridha Ilahi

Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak dan menumbang kezaliman

Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah akan padam
Tuk arungi da'wah ini , jalan panjang

Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi

sekian.
salam sayang buat saudara seaqidah,
bint ismail. ;)

09 November 2009

.lemah.

in the name of Allah~



ya Rabb,bantu aku dalam hidup ini~
doakan aku buat yang terbaik!

.....

in the name of Allah~



ingin aku berjalan dalam hujan,agar tiada siapa dapat melihat aku menangis





"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. " [alBaqarah,2:216]



"Maka sesungguhnya dalam kesusahan ada kesenangan. Sesungguhnya dalam kesusahan ada kesenangan" [alInsyirah,94:5-6]



ya Allah,bantulah hambaMu ini..aku lemah tanpaMu~

02 November 2009

.belajar.

bismillah~

doakan saya!
p.s blom exam lg T_T.tqah~~[err.nape mesti tqah?]

31 October 2009

.ruhi fidaak.

bismillah~




'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga...'[atTaubah:111]

رحى فداء= jiwaku [menjadi] tebusan.
ruhi fidaak,ya Allah.
layakkah aku mengatakan ini?
meratapi diri yang dhaif ini.
bantulah hamba lemah ini,ya Rabb~


salam~

28 October 2009

.doakan.

bismillah~


alhamdulillah thumma alahamdulillah.
masih lg dpt b'nafas lg hari ni.
walaupun agak kurang sihat.
moga dengan kurang sihat yang diberikan itu menghapuskan dosa-dosa hamba yang hina ini.
amin~

kenal orang kat atas ni?
mesti kenal kan?
hari tu tengah belekbelek kamus[budak rajin belajar kan.haha]
ada jumpa satu perkataan ni.
najib[perkataan arab]:baik,mulia,agung.[makna]

so,kita doakan la mogamoga kita punya PM ni bersifat sama dengan nama beliau.
harapharap pak cik gunakan mandat pak cik dengan baik ye.
dan kita semua yang ada mandat di manamana.
ingat!akhirat nanti akan ditanya.
[more]

mari kita doa utk semua!
salam~

27 October 2009

.sakit.

bismillah~

antara ubat aku~[x konsisten pun pakai]

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda, “Tidak ada seorang muslim yamg tertimpa musibah berupa keletihan, sakit, kesedihan, dan kesengsaraan, bahkan hingga sebatang duri yang menancap ditubuhnya kecuali denganya Allah menghapus dosa-dosa mereka” [riwayat Bukhari]



*~اللهم عافك و انا.امين*

salam 'alaik~

19 October 2009

.kerinduan.

in the name of Allah arRahman arRahim

apa khabar?[soalan macam biasa.hehe]
apa khabar iman kita?[ni soalan penting!]
moga sihat-sihat sahaja dan sentiasa bertambah.
amin~

alhamdulillah,masih hidup lagi hari ni.
dapat la tambah entry baru.
tiba-tiba rindu mereka.
huu~

tika sekolah itu cinta.
islah itu sayang,maka banat itu rindu~
rindu ingin bersamaNya.
bertemu denganNya.
rindu juga pada family dan kawan.
salam kerinduan dari kejauhan~